Monday, August 23, 2010

t0daY waS mY biRthDay

Hari ini 23 Ogos 2010, telah genap 22 tahun saya hidup diatas bumi Allah ini. Saya sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan sehingga ke hari ini untuk menikmati kehidupan yg sementara ini. Bersyukur kerana masih diberi kesihatan yg baik walaupun selalu sakit2 (bukanlah sakit yg memudaratkan pun). Setiap pancaindera masih berfungsi dengan baik, telinga masih boleh mendengar, mulut masih boleh berkata2, lidah masih boleh merasa, hidung masih boleh menghidu, mata masih boleh melihat (walaupun sedikit rabun) dan kaki juga tangan masih berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.

23 Ogos tahun ini bersamaan 13 Ramadan. Sungguh aku bertuah kerana menyambut ulang tahun kelahiranku di bulan mulia ini. Semoga Ramadan ini lebih bermakna buatku. Amin.....

Kepada famili, rakan2 dan sesiapa jua yg mengingati tarikh lahirnya seorang cahaya mata bonda dan ayahanda ini, terima kasih saya ucapkan. Saya menghargainya sangat2.

Kepada yg terlupa, tidak mengapa. Saya faham kalian mungkin sibuk.

Buat mak dan abah, terima kasih yg tidak terhingga yg tidak boleh diungkapkan dengan kata2 dari anakmu ini. Besarnya pengorbananmu tidak terbalas. Hanya Allah yg mampu membalasnya. Kasih sayang yg tidak berbelah bagi. Sungguh, anakmu ini bertuah memilikinya. Akan sedaya upaya anakmu ini membahagiakan mak dan abah selagi termampu, selagi nyawa dikandung badan.

Ya Allah, andai ini ulang tahun kelahiran ku yg terakhir, hamba redha menerimanya. Sekira masih ada 23 Ogos lagi untukku ditahun2 akan datang,hamba bersyukur Ya Allah.


No comments:

Post a Comment